Profil Syarikat 

 

Latar Belakang Syarikat

     Relisma Chemical Enterprise telah ditubuhkan pada tahun 2004 lepas pemiliknya membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan sendiri IKS, setalah berkhidmat lebih 20 tahun dalam bidang penyediaan sabun untuk sebuah kilang sabun luar negara. Kini dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang penyediaan sabun ini Relisma Chemical Enterprise telah menjadi Usahawan Bumiputra yang berjaya memenuhi kehendak dan keperluan pelanggannya yang terdiri daripada kontraktor pembersihan bangunan, pengusaha cuci kereta, kantin sekolah dan universiti dan bermacam-macam lagi. Relisma Chemical Enterprise sentiasa menjanjikan Kualiti produk yang terbaik pada harga yang berpatutan. maklum balas yang kami perolehi daripada pelanggan kami amat menggalakkan dan amat membantu meningkatkan mutu dan keberkesanan produk-produk kami. Kestabilan syarikat kami amat membantu kelancaran proses pengeluaran produk kami kepada pelanggan.

 

Latar Belakang Pemilik

     Relisma Chemical Enterprise kini diteraju oleh dua tonggak utama, En. Saari Yunus sebagai Pengurus Pengeluaran dan Pn. Salbiah Md. Shah sebagai Pengurus Am. Dengan bantuan daripada kakitangan sokongan dapat membantu memudahkan lagi proses pengeluaran dan penghantaran produk kepada pelanggan-pelanggan kami.

 

Visi, Misi dan Motto Syarikat

     Relisma Chemical Enterprise mempunyai visi untuk memperluaskan skop kecapaian produknya keseluruh Semenanjung Malaysia menjelang 2015, Misi syarikat ialah untuk menjadi syarikat bumiputra yang utama dalam pembekalan bahan sabun yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Motto syarikat ialah Sophia...Quality and Affordable. Kepuasan para pelanggan adalah keutamaan kami.

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola